Monday, October 05, 2015

Sebutan Ottoman Empire - or is it Devlet?

 

Antara poin yang dibincang awal oleh Mehmet dalam buku beliau (entri) ialah tentang sebutan Empayar Ottoman. Menurut Mehmet pengkaji dan penulis Barat memanggil kerajaan Ottoman sebagai Ottoman Empire. Mehmet menegaskan perkataan empayar dalam menamakan kerajaan Ottoman tidak tepat. Sumber asal yang ditulis oleh warga Turki memanggil kerajaan mereka sebagai Delvet. Dalam sumber Osmanli ia disebut sebagai Devlet-i Aliyye-yi Osmaniyye (kalau diterjemah = Sublime Osmanli Devlet). Ada juga menulis sebagai Devlet-i Seniyye (kalau diterjemah = Splended Devlet).

Ottoman Empire sebagai nama adalah tidak tepat kerana ia menggambarkan kerajaan Ottoman unfriendly attitude. Mehmet juga menyebut perkataan empire sebagai does not suit at all the Osmanli sociopolitical structure. Sebaliknya secara sosiopolitik kerajaan Osmanli tidak mengamalkan racism dan bukan juga nasionalism. Sebagai contoh, ramai pentadbir Osmanli seperti sadrazams dan vezirs (wazir atau menteri) yang terdiri dari bukan berbangsa Turki. Sadrazams adalah ketua kepada vezirs (seakan Perdana Menteri).


Kampus Osmangazi University,  Eskisehir

[source - link]

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home