Saturday, May 20, 2017

TYT Melaka - Tun Leong Yew Koh (1888-1963)

 

Membaca sejarah di ambang kemerdekaan Tanah Melayu menemu kita dengan berbagai maklumat menarik. Salah satunya adalah mengenai perjuangan kaum Cina Tanah Melayu sehingga terbentuknya Parti MCA pada Feb 1949. Penubuhan MCA adalah hasil usaha tiga tokoh iaitu Tun Tan Cheng Lok, Leong Yew Koh dan Tun HS Lee.  

Tokoh yang mendapat penghargaan tinggi ialah Leong Yew Koh (1888-1963) kelahiran Salak Utara, Sg Siput. Beliau anak kepada Leong Yew Teen pengasas penempatan Salak Utara. Leong Yew Koh mendapat ijazah undang-undang dari London University pada 1908. Beliau pernah dilantik sebagai TYT Melaka selama dua tahun pada period 31 Ogos 1957 hingga 30 Ogos 1959. Makanya beliau adalah satu-satunya tokoh Cina yang pernah menjawat jawatan TYT. 

Leong YK juga pernah memenangi pilihan raya pertama pada 1955. Beliau mewakili MCA dan menang kerusi Ipoh-Mengelembu menewaskan tiga calun lain Loh Ah Kee (Parti Negara), DR Seenivasagam (PPP) dan WE Balasingam (Bebas). Hasil kemenangan tersebut Leong dilantik menjadi Menteri Kesihatan pada 1955-57. Jawatan tersebut kemudian diganti oleh Sambanthan pada 1957-59. Sambanthan mewakili MIC dan menang kerusi Kinta Utara.

Baca LYK - wiki. 1955 election results (wiki).


Tun Leong Yew Koh

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home