Tuesday, January 14, 2020

Sejarah Ekoran Perang Bisik


Apa pula sejarah seterusnya ekoran Perang Bisik. Sedikit catatan dari nota sejarah melayu:

Sejarah Setul 1821-1897 setelah Perang Musuh Bisik

Pada hari Ahad 12 November 1821, Kedah mengalami peristiwa pahit dalam sejarah. Ketibaan armada Siam menyerang dan menawan Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin (SAT) yang gagal mendapat bantuan Inggeris terpaksa tinggal dalam pembuangan di Melaka. Siam telah mengamalkan dasar "pecah dan perintah" telah membahagikan Kedah kepada beberapa daerah iaitu Kedah yang digelar Saiburi, Kubang Pasu, Kayang (Perlis) dan Setul. Dalam tahun 1839, Tunku Anum bersama Tunku Bisnu dan Syed Hussain telah berangkat ke Ligor. Di atas kepintaran politik dan diplomasi Tunku Anum berjaya mengembalikan takhta Kedah kepada SAT pada 1841. Di atas mengenang jasa itu dengan persetujuan pihak Siam SAT bersetuju menyerahkan tiga buah jajahan Kedah kepada tiga tokoh tersebut;

Tunku Anum - memerintah Kubang Pasu; bersemayam di Kota Pulau Pisang, Tunjang.
Tuan Syed Hussain - memerintah Perlis dan bersemayam di Arau
Tunku Bisnu - memerintah Setul bersemayam di Kota Mambang Segara.

Ketika zaman-zaman terakhir pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin hubungan Baginda dan saudaranya terjalin mesra. Baginda mengekalkan wilayah Setul di bawah Tunku Bisnu sejak 1808 hingga 1821. Tunku Bisnu memerintah Setul untuk period kedua iaitu 1841-1843 berpusat di Kota Mambang Segara (Dewa Lautan). SAT dan Tunku Bisnu mangkat pada tahun yang sama iaitu pada 1845. Tunku Bisnu telah digantikan oleh puteranya Tunku Muhammad Arkib. Pemerintahan Kedah dan Setul sangat akrab ditambah dengan perkahwinan sesama kerabat. Tunku Muhammad Arkib merupakan pemerintah paling lama mentadbir Setul iaitu hampir 34 tahun (1943-1876). Pemerintah seterusnya ialah Tunku Ismail (1876-1888) dan Tunku Abdul Rahman (1888-1897).


Makam Al-Marhum Kayang Pertama

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home