Saturday, October 23, 2021

Sabah dan Pairin PBS

 

Catatan artikel.

Pairin menubuhkan PBS pada awal 1985. Pairin bertindak menubuh PBS setelah beliau menang PRK Tambunan dan melihat penolakan Kadazandusun dan Cina Sabah terhadap Berjaya.Penolakan tercetus kerana Berjaya dilihat terlalu pro-Muslim dan dikata menindas etnik Kadazandusun dan Cina Sabah. Pada Feb 1985 Harris Salleh membubar DUN Sabah. Dalam PRN yang diadakan Berjaya kalah teruk menang hanya enam kerusi dan Harris sendiri kalah kerusi Tenom. Usno menang 16 kerusi manakala PBS mendapat 26 kerusi. 

Dua isu yang menjadi faktor warga Sabah menolak Harris Salleh adalah pertamanya rasa tidak puas hati bila Labua diserah sebagai wilayah persekutuan dan keduanya isu kemasukan ramai immigran Filipina.

Sepuloh bulan selepas kemenangan PBS Pairin mengambil keputusan membubar DUN Sabah. Pembubaran tersebut pada Feb 1986. Dua minggu selepas pembubaran berlaku kekecohan di Sabah. Berjaya dan Usno mencetus beberapa demonstrasi politik. Keganasan turut berlaku melibatkan  kenderaan dibakar dan bom diletupkan di KK, Sandakan dan Kudat. Rusuhan tersebut dipercayai dilakukan oleh pendatang Filipina.

Bila pilihanraya diadakan PBS menang besar mendapat 34 kerusi dari 48 yang dipertandingkan. Usno menang 12 manakala Berjaya cuma dapat satu kerusi melalui Mohd Nor Mansur kerusi Buang Sayang, Papar. Berikutnya, PBS memohon menyertai BN dan diterima kemasukan pada Jun 1986.

Tugu Mat Salleh, Tambunan Sabah

Tambunan merupakan salah satu kubu kuat Pairin dan PBS

Baca "Empat belas tempat percutian menari Tambunan". sentiasa panas dot com - link.

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home