Saturday, June 18, 2022

Perak War -Tokoh Melayu Yang Sertai British


British melancar Perang Perak sebagai tindak balas kepada pembunuhan Birch. Perang Perak juga dilancar bagi memburu mereka yang terlibat dengan pembunuhan tersebut. Turut menyertai British dalam perang tersebut adalah beberapa gerombolan orang Melayu yang berkerjasama dengan British. Antara mereka adalah tiga tokoh Melayu Selangor iaitu Raja Mahmud, Syed Mashor dan Raja Indut. Turut serta adalah dua orang Mandaling iaitu Raja Asal dan Raja Uteh.

Raja Mahmud dan Raja Uteh menyertai Sweetenham menyerang kawasan Kinta pada Disember 1875. Mereka disertai sama oleh empat puluh enam lelaki Melayu Selangor. Raja Uteh kemudiannya menjadi rapat dengan Clifford di Pahang. Pasukan Raja Mahmud bertindak memburu penduduk Melayu sekitar Kinta dan membakar banyak rumah. Serangan di Pengkalan Pegoh Kinta berjalan sepanjang 14-17 Disember.

Catatan bacaan buku Khoo Salma Nasution dan Abdur-Razzaq Lubis m/surat 11.

Maharaja Lela of Sayong? the answer is no!

source: kulup-lembang (link)

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home