Kemangkatan dan Pengganti Raja Ang Chan
Keadaan bertambah buruk selepas kematian Raja Ang Chan Kemboja pada 1835. Beliau tak punya anak lelaki maka telah diganti oleh anak perempuan yang bernama Ratu Ang Mei memerintah dari 1835-1847. Beliau mendapat dokong kerajaan Vietnam yang bertujuan membawa Kemboja masuk sebahai wilayah pemerintahan Vietnam. Pesaing kepada Ratu Ang Mei adalah Raja Ang Duong yang disokong oleh kerajaan Thailand. Raja Ang Duong memegang tampuk pemerintahan Kemboja pada period 1841 hingga 1860. Ketika pemerintahan Raja Ang Duog muncul pemberontakan yang diketuai oleh tiga adik-beradik Cam Melayu. Mereka adalah Tuan Him, Tuan Sou dan Tuan Sa-it yang mencetus pergolakan pada tahun 1858.
Pemberontahan tiga beradik ini seterusnya mewujudkan perpecahan di kalangan Cam Melayu kepada dua gololongan. Satu pihak menyokong Raja Ang Duong manakala satu pihak lagi di pihak penentang.
Nota : period sekitar 1770-1800 di Malaya bermulanya kedatangan British dengan Francis Light Penang pada 1786. Period 1821-1842 pula menyaksi serangan Siam ke atas negeri Kedah bermula dengan perang Bisik Musuh.
Deretan kedai farmasi di Siem Reap
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home