Adi bin Hatim (d.68H) - Sahabat Dan Perawi Hadith
Bila membaca buku kerap kita jumpa penulisan yang menyebut nama seseorang. Contohnya bila baca tentang agama disebut nama para sahabat atau perawi hadith. Namun tidak pula dinyata atau disertakan sedikit pengenalan mereka. Setidak-tidaknya tahun kelahiran atau tahun kewafatan. Sebagaimana dalam buku sejarah atau buku agama Islam dalam bahasa Inggeris.
Sebagai contoh dalam buku FYDBTI seawal m/surat 8 ada disebut nama Adi bin Hatim (link). Nama beliau disebut dalam membicara tentang soal jawab Nabi dengan ahli kitab. Siapakah Adi bin Hatim? Buku tersebut tidak pula mencerita atau memberi info tentang Abi bin Hatim.
Pencarian di google atau wiki memberi info bahawa Abi bin Hatim adalah sahabat Nabi asalnya beragama Kristian. Lebih tepatnya beliau Rakusiyya atau Rekusi iaitu menganut Kristian dan juga Sabiyan. Beliau merupakan pemimpin kaum Ta'i yang diwarisi pimpinan dari bapanya.
Petikan info Jakim menyebut - Adi bin Hatim bin Abdullah al-Tha'i merupakan pemimpin Bani Thai semasa Islam dan jahiliyyah. Beliau bersama dalam peperangan menentang golongan murtad. Beliau juga menyaksikan pembukaan Kota Iraq dan tinggal di Kufah. Adi bin Hatim meriwayatkan 66 buah hadith. Umur beliau agak lanjut lebih 100 tahun dan meninggal dunia pada 68H. [link].
Nota: Ada berbagai ejaan Tha'i seperti Ta'i, Taa'i, Ta'ee, Ta'iyy.
The story of Adi embracing Islam. akhlak (link).
The hadith of Adi. mm (link).
Rak di sebuah kedai biskut
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home