Kaum Jurhum, Qatura dan Quzaah Mekah
Menurut buku EM kaum Jurhum yang berasal dari Yaman mendiami Mekah selepas penjumpaan telaga zamzam oleh Hajar. Nabi Ismail mengahwini dua wanita kaum Jurhum. Perkahwinan pertama dengan Hara (ada yang menulis Imarah) binti Saad. Kemudian dicerai atas nasihat bapa (Nabi Ibrahim). Perkahwinan kedua dengan Sayyidah al-Harits. Pernikahan Nabi Ismail dengan anak elit Jurhum dikurnia dua belas anak. Mereka adalah Nabit, Qidar, Adbil, Mubsim, Musymi', Dauma, Dawam, Masa, Haddad, Tsitsa, Yathur dan Nafisy.
Selepas kewafatan Ismail anak-anak Baginda mewarisi tugas menjaga Ka'abah dan Mekah. Tugas tersebut berakhir kepada seorang waris Baginda bernama Madhadh bin Amru Al-Jurhum. Kabilah Jurhum ketika itu telah berpecah dua - Jurhum dan Qatura. Jurhum pimpinan Madhadh manakala Sumaidza memimpin Qatura. Kedua-duanya masih mendiami kota Mekah.
Selang beberapa lama timbul persengketaan di antara dua kabilah tersebut. Puak Jurhum dapat mengalahkan Qatura dengan Sumaidza sendiri gugur terbunuh.
Puak Jurhum kemudiannya kalah pula kepada Bani Haritsah bin Tsalabah bin Amr bin Amir. Menurut sesetengah ahli sejarah mereka adalah Bani Khuzaah (atau Quzaah). Bani Quzaah asalnya juga dari Yaman.
[Catatan buku EM m/surat 6-8].
Baca kisah keturunan Nabi Ismail terusir dari Mekah. kalam id (link).
Sebuah pondok bas (Austria)
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home