Monday, October 02, 2023

Lea Sports Center Kuching


Semasa berada di Kuching beberapa minggu lalu sempat juga menyinggah ke sebuah kedai pakaian sukan, Lea Sports Center atau singkatannya LSC. LSC adalah bisnes yang diasas secara famili berpusat di Kuching. LSC kini diketuai oleh Raymond Sim. Kalau di Semenanjung kita ada bisnes yang serupa dengan jenana Al-Ikhsan.

LSC memula bisnes pada Mei 1984. Kebanyakan premis perniagaan mereka adalah merata bandar Kuching. Turut membuka cawangan di Sibu, Miri, Bintulu dan juga di Kota Kinabalu. Mereka turut punya dua cawangan di Semenanjung iaitu di Aeon Mall Nilai dan Kota Bharu.

Nota sampingan: singkatan LSC juga ada dalam matematik dan geodesi. LSC yang bermakna least squares collocation. LSC dalam geodesi diguna banyak dalam menghitung dan memodel bentuk sebenar bumi.

Sebuah premis LSC, di Plaza Sarawak

LSC penaja utama jersey pasukan Kuching City FC

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home