Tuesday, November 04, 2008

Sedikit Sejarah Batu Bersurat Terengganu

 

Batu Bersurat Terengganu (BBT) dijumpai pada tahun 1887. Ia ditemui di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara) berdekatan Kampung Buluh, Kuala Berang, Terengganu. Sebaik ditemui BBT telah dibawa ke sebuah surau berdekatan, Surau Tok Rashid. Nama Tok Rashid ini agak terkenal sebagai tokoh agama tempatan (baca link - tdm). 

Pada 1902 BBT telah dibawa ke Kuala Terengganu dengan rakit. Langkah membawa BBT ke KT adalah usaha seorang kenamaan Terengganu bernama Pengiran Anum Engku Abdul Kadir. Ini susulan beliau  singgah bersolat di Surau Tok Rashid dan terlihat batu tersebut yang diguna sebagai pelapik kaki. BBT dipersembah kepada Sultan Zainal Abidin III. Sultan memerintah BBT di letak di Bukit Puteri dan tersadai di situ selama 20 tahun iaitu sehingga 1922.

Pada 1923 Penasihat British Terengganu telah mendapat kebenaran meminjamkan BBT ke Muzium Raffles Singapura untuk dikaji. BBT kekal di Singapura selama 37 tahun. Pada 1960 apabila Muzium Negara KL siap BBT telah dipinjam untuk dipamir. 

Selanjutnya, sejak 1979 kerajaan Terengganu telah berusaha dan berunding dengan Singapura untuk membawa BBT balik ke Terengganu. BBT diserah semula kepada Terengganu pada pada Julai 1991.

Petikan dari artikel "Batu Bersurat Terengganu perspektif matematik". Link - inspen upm 2010.


Sebuah Prayer Room LDN

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home