Sedikit Mengenai Buyid Fars, Ray dan Baghdad
Buyid diasaskan oleh Ali ibn Buya pada 934. Beliau berjaya menawan Fars dan menjadikan Shiraz sebagai kota pusat. Adik Ali ibn Buya bernama Hassan ibn Buya pula berjaya menawan Jibal pada penghujung 930 dan pada 943 telah menawan Ray dan menjadikannya kota pusat. Pada 945 adik bongsu mereka Ahmad ibn Buya berjaya menawan Iraq dan mengambil Baghdad sebagai kota pusat. Ahmad ibn Buya diberi gelaran hormat Muizz al-Dawla, Ali ibn Buya pula gelaran Imad ad-Dawla dan Hassan gelaran Rukn ad-Dawla.
Dinasti Buyid meneruskan penguasaan mereka di tiga wilayah Fars, Ray dan Baghdad untuk beberapa tempoh. Buyid Fars dipimpin oleh mulanya Imad ad-Dawla pada 934-949 dan berakhir oleh Abu Mansur pada period 1051-1062. Manakala Buyid Ray oleh Rukn ad-Dawla (935-976) dan berakhir dengan Majd ad-Dawla (997-1029). Buyid Baghdad pula oleh Muizz ad-Dawla 945-967; Izz ad-Dawla 966-978; Adud ad-Dawla 978-983; Samsam ad-Dawla 983-987 hinggalah berakhir dengan al-Malik al-Rahim 1048-1055.
Pemerintahan Buyid Ray berakhir selepas jatuh ke tangan Mahmud Ghaznavid pada 1029. Buyid Baghdad pula berakhir setelah Tughrul Beg dari puak Seljuq mengalahkan Buyid pada 1055.
Masjid Al-Khadimiya, Baghdad
Masjid puak Syiah dibina pada 915 (wiki)
Lagi masjid-masjid lain Baghdad (wikiwand - link)
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home