Membaca Sedikit Tentang Khuzaah
Khuza'ah dikaitkan dengan asbabun nuzul at-Taubah 14. Apakah sejarah Khuzaah? Jawapannya adalah mereka punya sejarah dengan penjagaan Ka'abah.
Seperti mana yang kita tahu sejarah Ka'abah bermula dengan Hajar dan Ismail sebagai penjaganya. Kemudian mereka bersama menjaganya dengan Puak Jurhum. Nabi Ismail telah berkahwin dengan seorang wanita puak Jurhum. Dalam artikel Inggeris mereka ditulis Gorrhamite (wiki). Puak Jurhum adalah terdiri dari Bani Bakr dan Bani Khuza'ah. Bermakna kedua-dua Bani ini telah bersaing untuk menjaga Ka'abah sejak zaman silam lagi.
Bani Khuza'ah dipimpin oleh Amr' bin Rabiah (atau Luhay). Beliaulah yang pernah membawa pulang idol berhala Hubay dari negeri Syam. Beliau berbuat begitu kerana terpegun apabila sembuh penyakit yang dirawat oleh mereka yang tinggal di Syam yang mengamal penyembahan berhala.
Penjagaan Ka'abah berikutnya diserah kepada kaum Quraisy yang dipimpin oleh Qusay bin Kilab. Qusay telah berkahwin dengan Hubay binti Halil yang berasal dari Bani Khuza'ah.
Pada tahun 630 Bani Khuza'ah telah diserang oleh Bani Bakr. Serangan ini berlaku ketika berkuatkuasanya Perjanjian Hudaybiah. Peristiwa inilah yang membawa kepada asbabun nuzul at-Taubah 14. Rentetan peristiwa ini juga lah berikutnya membawa kepada serangan pembukaan kota Mekah oleh Baginda Rasulullah SAW.
Masjid Jamek Kampung Bukit Kechil, Kedah
Baca buku "Suatu Tempat Bernama Ka'abah" terbitan Jakim.Tebal 41 m/surat. Link - jakim.
- - - - -
Labels: Sejarah Islam
0 Comments:
Post a Comment
<< Home