Tuesday, October 13, 2015

Artikel Osman I - father of kings

 

Osman Koprulu (d.1326) adalah pengasas kerajaan Ottoman. Seorang pengarang buku, Fuad Koprulu (1890-1966, entri) tegas dengan pendirian bahawa Osman Gazi berasal dari puak Kayi. Pada awal kurun ke13 puak Kayi telah lari keluar dari kampung halaman mereka  di wilayah Asia Kecil kerana serangan oleh tentera Mongol. Mereka lari dan berlindung di Anatolia yang ketika itu di bawah Sultan Seljuk Rum.

Pada 1286 pasukan tentera Osman Gazi mara masuk menyerang wilayah Byzantine Kulacasihar dan berakhir dengan kejayaan. Berikutnya, pasukan Osman berjaya pula menawan Bilecik, Yarsihar dan Inegol. Selepas berjaya menawan Inegol Osman Gazi bertindak mengarah tekfur (city governor) berkenaan di bunuh. Osman bertindak keras kerana tekfur Inegol sering membunuh warga Muslim di wilayah jiran.

Pada sekitar 1288 atau 1289 Osman mengisytihar kerajaannya berdiri sendiri bebas dari kesultanan Seljuk. Period inilah dikatakan bermulanya penubuhan kerajaan Otttoman.

Pada 1302 Sultan Seljuk Alaeddin Kaykubad III (1298-1302) telah diarah bunuh oleh pemimpin Mongol Ilkhan Mahmud Ghazan. Ilkhan Mahmud diganti pula oleh Ghiyatuddin Mas'ud sehinggalah pemerintahan Seljuk berakhir pada 1307.

Osman Gazi meninggal dunia pada 1326 iaitu tiga atau empat bulan selepas kematian ulama Syeikh Ebedali. Dua bulan selepas kematian Osman isteri beliau Malhun Hatun pula meninggal dunia.

Catatan bacaan artikel "Osman I - father of kings". Terbitan wiki journal of humanities. 17 pages.

Folder: DT50 1 2021 tesis edin.


Penempatan Osmangazi, koyta Bursa (wiki)

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home