Thursday, November 09, 2017

Pengkaji Sejarah Negara Arab PM Holt


Ramai juga para sarjana Barat yang memfokus kajian mereka kepada sejarah Islam. Antara yang terkenal adalah Peter Malcolm Holt kelahiran Lancashire. Beliau mula belajar sejarah di Oxford sekitar 1937-1940. Setelah tamat pengajian beliau bekerka sebagai guru di Sudan. Kemudiannya beliau bertugas mengajar di Universiti Khartoum pada 1952-1955. Pada 1956 beliau kembali ke UK dan mengajar di SOAS bersama Profesor Bernard Lewis sebagai ketua beliau. Pada 1960 beliau bertugas sebagai Reader dan menjadi Profesor pada 1964. Pada 1969 beliau memperolehi DLitt dari Oxford. Beliau mengambil tugas profesor sejarah di SOAS selepas Bernard Lewis bersara pada 1975.

Holt menguasai bahasa Arab semasa berkhidmat di Sudan. Beliau juga banyak membuat kajian sejarah Sudan dan pada 1960 menghasilkan buku tentang History of Sudan. Berikutnya beliau menulis pula buku Egypt and the Fertile Crescent, 1516-1922 dan buku tersebut diterbit pada 1966.

Satu lagi sumbangan besar Holt ialah sebagai Editor dalam menghasilkan Cambridge History of Islam yang diterbit dalam beberapa volume pada awal 1970-an.

Peter Malcolm Holt (1918-2006)

- - - - -

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home