Monday, March 20, 2017

Suasana Pemerintahan Murad III (1574-1595)

 

Entri asal geoab - link:

Pemerintahan Murad III masih dibantu banyak oleh Perdana Menteri Memhed Pasya. Beliau telah dilantik PM sejak zaman Salem II. Namun begitu nasihat beliau sudah mula diketepi dan akhirnya Mehmed Pasya telah dibunuh oleh para oportunis pada 1579. Penglibatan pertama Murad III dalam politik pentadbiran bermula pada 1575 apabila beliau campur tangan dengan pemilihan Raja Poland. Beliau meminta rakyat Poland melantik Putera Bathory sebagai raja mengganti Henry de Valois yang melarikan diri ke Perancis. Maka Poland berada di bawah naungan Ottoman bermula 1575.

Pada 1578 berlaku pula perebutan kuasa di Morocco di antara Sultan Mawlay Muhammad dengan bapa saudaranya Abdul Malik. Sultan Muhammad meminta bantuan Portugis manakala Abdul Malik memohon pertolongan Ottoman. Perebutan kuasa tersebut mengakibat berlakunya Perang Tiga Negeri/Raja (Battle of Three Kings) dengan berakhir kemenangan kepada Ottoman. Abdul Malik dilantik menjadi Sultan dan Morocco seterusnya berada di bawah kekuasaan Ottoman.

Berikutnya berlaku pula pergolakan di Iran selepas kematian pemerintah Safavid Tahmasp pada 1574. Beliau diganti oleh anaknya Ismail II yang terus menarik keluar Safavid dari perjanjian Amasya dengan Ottoman (yang bermula pada 1555). Apabila Ismail II meninggal dunia pada 1577 beliau diganti pula oleh Khudabandah. Pada masa ini Safavid Iran mula huru-hara. Ottoman mengambil kesempatan menyerang Safavid dan berlaku Perang Childir pada 1578 dengan kemenangan kepada Ottoman. Pada 1583 berlaku sekali lagi pertempuran Ottoman-Safavid dalam Perang Mesh’alah dengan kemenangan juga kepada Ottoman. Berikutnya Ottoman dan Safavid Iran memetrai perjanjian damai pada 1590.

Siri peperangan yang panjang dengan Iran menyebabkan kewangan Ottoman terjejas. Kesannya berlaku pula pemberontakan askar Janissari pada 1589. Mereka memberontak kerana masalah upah yang murah, masalah korupsi serta tidak puas hati terhadap pengambilan rekrut baru. Soal gaji murah juga menimbulkan pemberontakan di kalangan askar Sipahi pada 1593.

 

Mausoleum of Sultan Murad III

alamy - link

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home