Tuesday, February 07, 2017

Period Ottoman Selim II Selepas 1571 hingga 1574

 

Berikut adalah beberapa misi Ottoman ketika period Salem II sekitar 1571 hingga kematiannya 1574. Catatan diambil dari buku Maksudoglu page 139-142.

1571: Osmanli defeat at Lepanto (Inebahti)

Kejayaan Ottoman Selim II memasuki Cyprus telah membuatkan Kristian Eropah bertindak menyerang balas. Pada 1571 pasukan pakatan Papal, Spanish dan Venetian telah bergabung  membetuk pasukan laut. Mereka datang menyerang pasukan Ottoman di Lepanto (Inebahti) diketuai Don Juan, anak kepada Raja Charles V. Mereka dapat mengalahkan Ottoman yang diketuai Uluch Ali Pasha.

1572: Attempt at Suez Canal 

Pada sekitar period Selim II Portugis  telah menguasai laluan pelayaran ke Lautan India. Mereka turut menganggu pelayaran kapal jemaah haji menuju Mekah/Jeddah. Ottoman bertindak dan cuba membantu memudahkan pelayaran jemaah haji menuju Mekah.

1573-1574: Annexation of Tunisia

Kejayaan menguasai Tunisia adalah atas usaha yang diketuai Vizier Sinan Pasha dan Kapten Kilich Ali Pasha. Mereka berjaya menghadapi pasukan Kristian Eropah pimpinan Don Juan.

Sultan Selim II sepanjang pemerintahannya tidak pernah berangkat untuk bersama pasukan tentera Ottoman. Makanya Selim II boleh dikata pemerintah Ottoman yang lemah. beliau naik sebagai sultan kerana usaha ibunya Roxelana mengenepi dua pesaing Selim iaitu Mustafa dan Bayezid.

Selim II meninggal dunia pada 1574. Selim II amat suka dengan kota Edirne dan telah membina masjid hebat, Masjid Selimiyeh, sebagai legasi. Beliau diganti oleh sultan Murad III yang memerintah dari 1574-1595.

 

Masjid Selimiye, Edirne (dibina 1568)

 

 

source: archnet - link

Baca "World heritage in Turkey: Selimiye Mosque makes grandeur of the Ottomans eternal". daily sabah march 2020 - link.

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home