Friday, January 20, 2017

Ancaman Portugis Ketika Period Suleyman

 

Entri asal geoab - link:

Ketika period pemerintahan Sultan Suleyman selain ancaman Kristian Sepanyol berlaku juga serangan kapal laut tentera Portugis. Malah ancaman pasukan Portugis lebih kritikal kerana mereka sudah sampai ke wilayah Haramain Mekah dan Madinah. Walau pun kemaraan mereka dapat disekat namun ternyata bahaya. Antara tahun 1517-1519 Ottoman telah pun menguasai Mesir, Syria, Yaman dan juga Mekah. Pada 1534 pula Baghdad dapat ditawan dan Basrah pada 1546. Bermakna Ottoman telah berjaya menguasai Laut Merah dan Teluk Parsi.

Ekspedisi Ottoman mengekang Portugis bermula pada 1538 dari Pelabuhan Suez dengan pimpinan Suleyman Pasya. Beliau berjaya menakluki Aden di Yemen. Pada 1539 Portugis telah mara hingga berdekatan Jeddah. Syarif Makkah (mm) bertindak membuat perisytiharan di pasar Mekah meminta kabilah Arab berjihad. Mereka turun dengan lengkap bersenjata ke Jeddah dan akhirnya berjaya menghalau Portugis dan menyelamat Tanah Suci.

Portugis yang gagal di Jeddah namun kemudian berjaya menawan Aden. Namun pada 1548 Ottoman melalui pimpinan Piri Reiss dapat menawan semula Aden. Piri Reiss adalah anak saudara Kemal Reiss (tokoh yang menyelamat umat Islam Sepanyol dari serangan Kristian Sepanyol pada zaman Sultan Bayezid II. Pada 1551 Piri Reiss berjaya menawan Muscat dari kuasaan Portugis. Piri Reiss seterusnya mara ke Hormuz namun beliau kemudia meninggalkan kepungan Hormuz. Atas peristiwa tersebut Piri Reiss telah dihukum bunuh kerana didakwa tidak bertanggung jawab dalam melaksana tugas. Ada juga tuduhan mengata beliau menerima hadiah untuk tidak menawan Hormuz. Piri Reiss diganti pula oleh Murad Reiss.

Pada 1554 seorang lagi tokoh, Seydi Ali Reiss, belayar dari Basrah dan bertembung dengan kapal Portugis. Beliau berjaya menggempur pasukan Portugis di Muscat. Portugis kalah dan melarikan diri tengah malam. Pasukan Ali Reiss kemudiannya belayar hingga ke India. Namun ribut gelora menyebabkan mereka terdampar di Surat dan menyerahkan senapang dan kelengkapan lain kepada Gabenor Surat bernama Rajah Khan. Perjalanan pulang Ali Reiss ke Istanbul memakan masa tiga tahun dan mereka tiba pada 1556.

2 Byzantium-Map

Peta wilayah empayar zaman Ottoman

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home