Sunday, December 04, 2016

Sultan Perak ke28 - Sultan Idris Murshidul Azam Syah (1878-1916)

 

Setelah kemangkatan Sultan Yusuf, menantu beliau Raja Muda Idris dilantik menjadi Sultan Perak ke-28. Raja Muda Idris ialah putera kepada Raja Bendahara Alang Iskandar ibni Raja Kecil Tengah Ahmad ibni almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Syah (i.e., Sultan Perak ke-19; r.1806-25). Beliau mula naik takhta sebaik dan mengguna gelaran

Raja Idris terkenal sebagai raja yang cerdik dan beliau bersepupu dengan Sultan Abdullah (r.1874-76). Pada April 1875 ketika perbalahan di antara Sultan Abdullah dengan Birch memuncak Raja Idris telah menjadi ketua membawa surat daripada Sultan Abdullah kepada Gabenor Sir Andrew Clarke. Surat tersebut menyalahkan perbuatan Birch sehingga menimbulkan kemarahan raja dan para pembesar Perak. Pada Julai 1875 Sultan Abdullah melantik Raja Idris sebagai hakim negeri Perak dan berikutnya menjadi hakim besar perak.

Pada Mac 1876 Raja Idris menjadi hakim perbicaraan Seputum, Che Gondah dan Ngah Ahmad di Bandar Baharu. Ketiga-tiga mereka didapati bersalah dan Raja Idris menjatuhkan hukum gantung sampai mati. Bagaimana pun pihak Inggeris campur tangan dan mengusul supaya Che Gondah dan Ngah Ahmad dihukum penjara seumur hidup. Seputum menjalani hukuman pada Mei 1876 dengan dihadiri oleh Sultan Abdullah. Septum pada awalnya ditangkap Inggeris dengan bantuan Uda Pulau dan Mah Amin. 

[Baca "perincian sidang mahkam kes pembunuhan Birch" - makkalosai] dan "141 tahun Seputum dan pertikaman anak Melayu" - mkini 2017; "Pembunuhan Birch: satu kajiantentang pembunuhnya" oleh Abdullah Zakaria Ghazali - jurnal ukm.

Frank Swettenham mengatakan sepanjang pengetahuannya setelah lama berkecimpung dalam hal ehwal negeri Perak Raja Idris merupakan Raja Melayu yang paling berkebolehan. Di satu sudut lain catatan sejarah juga menunjukkan Raja Idris dan juga Raja Yusuf merupakan penyokong kepada Inggeris dalam pergolakan Perak.

Sultan Idris Murshidul Azam mangkat pada 1916 di Istana Bukit Candan setelah memerintah 29 tahun. Gelaran beliau ialah Marhum Rahmatullah.

Masjid Jamek, Pekan Parit

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home