Tuesday, January 03, 2017

Ottoman ke10 Suleyman I (1520-1566)

 

Entri asal geoab - link:

Selepas Selim II meninggal dunia menaiki takhta Ottoman ialah anak beliau, Sultan Suleyman. Jawatan terakhir Suleyman sebelum menjadi Sultan adalah Gabenor Manisa (dulunya Saruhan). Period pemerintahan Sultan Suleyman menjangkau selama 46 tahun dan beliau merupakan Sultan Ottoman yang paling lama memerintah. Berbagai gelaran diberi kepada Suleyman. Antaranya adalah Suleyman The Magnificient sebagai menghargai kecemerlangan zaman pemerintahan beliau. Ada juga gelaran Suleyman Al-Qanuni kerana menghargai usaha beliau menggubal kanun undang-undang ketika memerintah.

Suleyman mewarisi dari ayahnya kerajaan yang kuat, perbendaharaan negara yang teguh, pasukan tentera yang perkasa serta tanpa pencabar takhta. Namun timbul juga beberapa pemberontakan dalaman. Pada 1521 muncul pemberontakan oleh Gabenor Syam, Janberdi Gazali. Gabenor Syam tersebut berpakat dengan Hayri Beg (Gabenor Mesir?) untuk menghidupkan kembali kerajaan Mamluk Mesir. Pemberontakan ini dapat ditewaskan dan Janberdi sendiri mati terbunuh. Pada 1524 muncul pemberontakan oleh Ahmed Pasya yang mahu menjadi Perdana Menteri dan Sultan di Mesir. Pemberontakan Pasya juga dapat dikalahkan oleh Janissari Ottoman dan beliau dicop sebagai pengkhianat.

Pemberontakan dalaman lain adalah dari puak Safavid Iran. Pertama pada 1526 di wilayah Yozgat pimpinan Baba Zunnun. Berikutnya pada 1527 di wilayah Karaman pimpinan Qalandar Jalabi. Kedua-dua pemberontakan Safavid dapat dikalahkan oleh Suleyman. Baba Zunnun dan Qalandar Jalabi berjaya dibunuh.

Setelah berjaya menghadapi ancaman dalaman Suleyman berikutnya mengumpul kekuatan untuk menentang tentera Eropah. Penentangan di Eropah berlaku dalam tiga belas siri bermula pada 1521 hinggalah ke akhir hayat beliau pada 1566.

IMG-20191002-WA0330

Sebuah taman bunga Kashmir

- - - - -

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home