Pergolakan Period Mehmed III (1595-1603)
Entri asal geoab - link:
Menjelang kenaikan Mehmed III telah berlaku peperangan di antara Ottoman dengan Austria. Sultan Mehmed III meneruskan misi peperangan tersebut dengan beliau sendiri turun ke barisan hadapan. Keadaan ini berbeza dengan zaman Selim II dan Murad III yang kedua mereka tidak pernah turut serta ke medan perang. Pada 1596 pasukan Mehmed III telah pun berjaya menakluki kubu Egre di Hungary (baca egre castle – entri). Dengan kejayaan tersebut Mehmed III telah digelar “The Conqueror of Eger”.
Selepas penawanan Eger Castle tentera Hungary bertindak balas dan tercetus Perang Hachova (atau Mezo Keresztes) di mana Ottoman hampir tewas. Namun pesanan ulama Sa’duddin Efendi kepada Mehmed III telah menaik semula semangat Ottoman. Pada 1600 satu lagi benteng pertahanan Hungary iaitu Kanjiza telah dapat ditawan Ottoman. Angkatan Salib Austria pimpinan Archduke Ferdinand cuba merampasnya semula namun cubaan mereka dapat dipatahkan.
Para sejarawan turut mengatakan era pemerintahan Mehmed III sebagai permulaan keruntuhan Ottoman. Beberapa pemberontakan berlaku di sana-sini dan kuasa-kuasa Eropah pula berlumba merebut kembali wilayah Ottoman. Selain pergolakan wilayah pihak pembesar dan isteri-isteri Sultan pula semakin galak mencampuri urusan pentadbiran.
Eger Castle main entrance
source: eger hu - link
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home