Wednesday, December 06, 2017

Ottoman ke20 Sultan Suleyman II (1687-91)

 

Entri asal geob - link:

Selepas Sultan Mehmed IV dijatuhkan pada 1687 pengganti beliau ialah Sultan Suleyman II. Sultan Suleyman II ialah anak kepada Sultan Ibrahim (Ottoman ke18) dan adik tiri kepada Mehmed IV (Ottoman ke19). Awal kehidupan Suleyman II terkurung di penjara. Sultan Suleyman II dipilih mengganti Mehmed IV oleh kumpulan Janissari dan menjadikan institusi kesultanan berada di bawah mereka. Maka berlakulah keadaan di mana Ottoman berada dalam kelemahan dan menuju kehancuran.

Dalam suasana kritikal begitu pihak musuh terutamanya telah mengambil kesempatan menyerang Ottoman dari segenap penjuru. Ancaman paling besar yang dihadapi Ottoman ialah peperangan dengan Austria yang berjaya menduduki beberapa wilayah Ottoman. Mereka kemudiannya telah menukar ratusan masjid menjadi gereja. Jerman juga telah berjaya menguasi wilayah Islam Egri dan menukarnya kepada menjadi wilayah Kristian serta masjid dimusnahkan. Pendeknya kekalahan demi kekalahan menimpa Ottoman.

Period Suleyman II menyaksikan Koprulu Fazil Mustafa Pasya mendominasi pentadbiran. Setelah ia meninggal dunia anak Fazil bernama Mustafa pula mengganti. Pada 1691 Sultan Suleyman II memerintah wazir Koprulu Wazir Mustafa Pasya bersiap sedia menyerang Austria. Namun belum sempat peperangan selesai Sultan Suleyman II pula meninggal dunia dalam usia 50 tahun. Pada ketika kematiannya Sultan Suleyman II berada di Edirne. Mengganti beliau sebagai Sultan Ottoman ialah adiknya iaitu Sultan Ahmed II.

Baca tentang keluarga Koprulu yang menjadi wazir sewaktu period Suleyman II (entri).


Makam Suleyman II (source – wikiwand)

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home