Sultanah Razia - Kesultanan Mamluk Delhi 1236-1240
Buku pemerintah agung dalam kerajaan Islam menyenarai Sultanah Razia sebagai salah seorang sultan agung. Siapakah Razia. Dalam buku yang disebutkan m/s 120 Razia disenarai sebagai keturunan Dinasti Mamluk. Kenapa begitu sedangkan beliau adalah pemerintanah Delhi pada 1236-1240. Jawapannya adalah kesultanan Delhi juga dikenali sebagai Mamluk Delhi. Bapa Razia bernama Iltutmish adalah sultan ke3 Mamluk Delhi. Iltutmish memerintah pada period 1211-1236. Baca wiki sultanah razia - link dan mamluk delhi wiki - link.
Petikan buku pemerintah agung m/s 120:
Sultanah Razia adalah anak perempuan kepada Samsudin Ilutmish. Ketika usia lima
tahun bapa beliau menjadi Sultan Delhi. Razia amat disukai bapanya kerana punya
kebolehan dan ketelitian. Razia juga disukai kerana ibunya berketurunan raja.
Abang sulung Razia meninggal dunia secara tiba-tiba pada 1229. Razia dicalun
bapanya sebagai pengganti kerana saudara beliau yang lelaki tidak punya
kebolehan.
Pada 1230 Razia menjadi pemangku raja apabila bapa beliau
berada di luar negara. Bapa Razia pulang ke tanah air pada 1231 dan berhasrat melantik
Razia sebagai sultan. Namun begitu pada 1236 setelah Sultan Ismuth mangkat
saudara lelaki Razia dari ibu lain pula yang menaiki takhta. Sultan yang baru
suka menghabis masa berfoya dan berseronok. Pentadbiran banyak dikawal oleh ibu
sultan. Akhirnya setelah enam bulan memerintah sultan dan ibunya telah dibunuh.
Razia akhirnya dipilih oleh para pembesar sebagai pengganti.
Semasa Razia memegang kuasa sultan dan beliau menghadapi konflik dengan
Gabenor Bathinda, saudara lelaki Razia telah bertindak merampas kuasa. Sultanah
Razia bertindak balas melancar serangan untuk mengambil semula kuasa. Namun
beliau dapat dikalahkan pada 1241. Razia lari menyelamat diri ke Kaithal.
Beliau akhirnya dibunuh oleh pada Okt 1241.
Saudara lelaki Razia yang lain menduduki takhta selama dua
tahun sebelum digulingkan atas sebab kelemahan sendiri.
Semasa memerintah Razia disukai kerana suka bercampur gaul dengan para pegawai.
Beliau juga memberi perhatian kepada empayar dengan corak pemerintahan yang
dinamik dan penuh semangat.
Tomb of Razia, Old Delhi
source: sarsonkekhet - link
Baca "Razia Sultan's tomb". times of india 2016 - link.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home