Sunday, December 09, 2018

Ottoman ke30 Sultan Mahmud II 1808-1839


Entri asal geoab - link:

Sultan Mahmud II naik takhta Ottoman pada 1808 selepas Mustafa IV (Ottoman ke29) dilucut jawatan dan dibunuh. Mahmud II anak kepada Sultan Abdul Hamid I (Ottoman ke27)dan adik kepada Mustafa IV.

Sultan Mahmud II diingati sebagai pelopor yang memperkenal Ottoman Turki kepada sistem sekular moderat. Ketika penghujung hayatnya beliau memperkenal pembaharuan atau sebuah reform yang dinamakan Tanzimat. Reform tersebut menandakan bermulanya Turki bergerak ke era modernisasi yang memberi impak besar kepada sistem sosial, perundangan dan gaya hidup Ottoman.

Sultan Mahmud II meninggal dunia pada 1839 kerana sakit batuk kering (tuberculosis). Beliau meninggal dunia ketika dalam suasana peperangan tentera Ottoman diketuai Hafiz Pasya dengan tentera Mesir pimpinan Ibrahim Pasya. Peperangan di Nizip tersebut berakhir dengan kekalahan pihak Ottoman. Sultan Mahmud II diganti oleh Sultan Abdul Majid I sebagai Ottoman ke31 yang meneruskan usaha reform Tanzimat.


Tomb of Mahmud II 

(normadic – link)

- - - - -

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home