Saturday, July 06, 2019

Safavid Shah Ismail I (r.1501-1524)

 

Shah Ismail I adalah pengasas kerajaan Safavid. Beliau lahir pada Julai 1487 di kota Ardabil, Aq Qoyunlu. Baca wiki tentang Aq Qoyunlu - link. Ketika Ismail berusia setahun ayah beliau meninggal dunia dalam pertempuran menentang golongan Sunni. Ismail sekeluarga telah bersembunyi bertahun-tahun kerana bimbang tindak balas Sunni.

Ismail muncul dari persembunyian ketika beliau sudah berusia empat belas tahun.Pada 1501 beliau mula memimpin kabilah Qizilbash mengambil tempat bapanya. Beliau kemudiannya mula mengembang pengaruh dan berjaya menguasai Tabriz serta seluruh Iran dan menggelar dirinya sebagai Shah. Ismail menjadikan Syiah sebagai agama rasmi Iran.

Pada period tersebut Ottoman yang dipimpin Sultan Suleyman I bersikap keras terhadap Syiah. Suleyman juga bertindak menulis surat kepada Ismail mengecam tindakan Safavid terhadap golongan Sunni.

Pada 1514 Ottoman bertindak memerangi Safavid Ismail dalam Perang Chaldiran. Ottoman berjaya menewas Safavid hampir berjaya menangkap Ismail. Setelah Ismail lari pasukan Ottoman berjaya menawan Tabriz. Tetapi Suleyman tidak meneruskan serangan dan berpatah pulang kerana berlaku penentangan di kalangan anggota tenteranya.

Pada 1517 Safavid Ismail bangun semula dan menyerang puak Sunni di Georgia. Shah Ismail terus menguasi Iran dan melebar penguasaannya selama bertahun-tahun. Shah Ismail juga terkenal sebagai ahli syair yang prolifik. Beliau meninggal dunia pada 1524 ketika berusia 36 tahun. Pemerintahan Safavid di sambung oleh anak Shah Ismail dengan gelaran Tahmasp I.

Baca Shah Ismail - wiki.

Sebuah masjid tua di Ardabil (kota kelahiran Shah Ismail)


- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home