Tuesday, June 04, 2019

Pemerintah Agung Ottoman Abdul Hamid II (r.1876-1909)


Entri asal geoab - link:

Pemerintah Ottoman berikutnya adalah Sultan Abdul Hamid II. Beliau ialah anak kepada Sultan Abdul Majid I dan merupakan Ottoman ke34 memrintah dari 1876 hingga 1909. Setahun selepas dilantik iaiatu pada 1877 berlaku perang besar dengan Russia.

Pada 1881 pula Perancis berjaya menawan Tunisia. British pula berjaya menguasai Mesir pada 1882. Melihat kepada kebangkitan Perancis dan British Abdul Hamid meminta bantuan Jerman dan sebagai balasan memberi mereka konsesi membina landasan keretapi Baghdad.

Abdul Hamid II telah melakukan reformasi dalam bidang pendidikan dengan membina banyak sekolah. Beliau juga mengasaskan Universiti Istanbul pada 1900. Sultan Abdul Hamid juga menyusun semula sistem laluan keretapi serta membangun sistem telegraf.

Di hujung period pemerintahannya Abdul Hamid II menghadapi pemberontakan dari Kumpulan Muda Turki yang bosan dengan corak pemerintahan beliau. Abdul Hamid II digulingkan pada 1908. Beliau diganti oleh Sultan Muhammad V.

 


Yildiz Palace, Istanbul – istana kediaman Sultan Abdul Hamid

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home