Pemerintah Agung Ottoman Murad V (r.1876)
Entri asal geoab - link:
Sebuah buku terbitan PTS menyenarai Murad V sebagai salah seorang pemerintah agung Islam dalam kerajaan Ottoman.
Sultan Murad V merupakan pemerintah Ottoman ke33. Beliau naik takhta pada hujung Mei 1876 mengganti Sultan Abdul Aziz yang telah digulingkan oleh para menteri. Sultan Murad V adalah anak Sultan Abdul Majid I (Ottoman ke31) dan anak saudara kepada Sultan Abdul Aziz (Ottoman ke32). Pada 1867 Murad V telah turut bersama Sultan Abdul Aziz melawat negara Eropah Barat. Selepas menaiki takhta Sultan Murad V cuba untuk memperkenal reformasi dalam undang-undang konstitusi. Namun tidak lama kemudian Sultan Murad V mengalami tekanan mental apabila bapa saudaranya (Abdul Aziz) membunuh diri. Para doktor mengesahkan Sultan Murad V tidak dapat dipulihkan. Maka beliau pun digulingkan pada Ogos 1876 oleh kumpulan pembesar yang sebelumnya mengangkat beliau sebagai Sultan. Tempoh pemerintahan Murad V amat singkat sekadar sekitar tiga bulan.
Selepas diturun takhta Murad V telah tinggal dalam tahanan di Istana Ciragan atas arahan Sultan Abdul Hamid. Murad V meninggal dunia pada 1904 ketika usia 63 tahun.
Baca – wiki dan turkpidya (link).
Enderun School, Topkapi (wiki - enderun)
Baca juga - glorious ottman bs (link) dan turkpidya (link).
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home