Monday, April 15, 2019

Pemerintah Dinasti Ghaznavid (977-1186)

 

Entri asal - geoab:

Dinasti Ghaznavid merupakan pemerintah kerajaan Islam wujud period 997-1186. Pada period tersebut Abbasid yang berkuasa di Baghdad adalah Al-Qadir 991-1031; Al-Qaim 1031-75; Al-Muqtadi 1075-94; Al-Mustazir 1094-1118; Al-Mustarsyid 1118-35; Ar-Rasyid 1135-36; Al-Muqtafi 1136-60; Al-Mustanjid 1160-70; Al-Mustadi 1170-80; An-Nasir 1180-1225.

Ghaznavid diasaskan oleh Sabuktigin yang mula memimpin kerajaan setelah kematian bapa mertua beliau Alp Tigin pada 997. Berketurunan Turkic Asia Tengah dengan pertuturan sesama mereka dalam bahasa Parsi. Pada peringkat awalnya Ghaznavid bergabung di bawah pemerintahan Samanid dan mengisytihar kerajaan sendiri apabila Ghaznavid dipegang oleh Mahmud Ghaznawi. Beliau adalah anak kepada Sabuktigin.

Senarai pemerintah Ghaznavid yang lain adalah:

1. Sabuktigin (977-997).

2. Ismail bin Sabuktigin (997-998).

3. Mahmud bin Sabuktigin – anak sulung Sabuktigin (998-1030).

4. Muhammad bin Mahmud, anak kedua (1030 – memerintah kali pertama).

5. Masud I, anak sulung Mahmud (1030-1041) – diturun takhta, dipenjara dan dibunuh lanjutan dari Perang Dandanagan.

Muhammad (1041, memerintah kali kedua selepas Masud I dijatuhkan).

Nota: Bermula pada 1037 kerajaan Seljuk Turki muncul bertapak dengan Tughril sebagai pemerintah pertama period 1037-1063. Seljuk Turki berakhir pada 1157 dan disambung pula oleh kerajaan Khawarazmian (bermula 1077 berakhir hingga 1260).

6. Mawdud bin Masud I (1041-1048 – naik takhta selepas menewaskan Muhammad dalam Perang Nangrahar).

7. Masud II bin Mawdud (1048).

8. Ali bin Masud I (1048-1049).

9. Abdul Rashid bin Mahmud (1049-52).

10. Toghrul (1052-53) general tentera Mamluk yang naik sebagai pemerintah Ghaznavid selepas membunuh Abdul Rashid dan sebelas lagi putera Ghaznavid. Baca Bosworth, the later ghaznavid page 45.

11. Farrukh Zad bin Masud I (1053-59).

12. Ibrahim bin Masud I (1059-1099).

13. Masud III bin Ibrahim (1099-1115).

14. Shirzad bin Masud III (1115-1116 – dibunuh oelh adik beliau Arslan bin Masud III).

15. Arsalan Shah bin Masud III (1116-1117) – berikutnya ditentang oleh Bahram Shah dengan bantuan Ahmad Sanjar.

16. Bahram Shah bin Masud III (1117-1157) – mula berpecah sebahagian menjadi Seljuk dokongan oleh Ahmad Sanjar.

17. Khusraw Shah bin Bahram Shah (1157-1160).

18. Khusraw Malik bin Khusraw Shah (1160-1186) – pemerintah terakhir Ghaznavid.

Selepas berakhir Ghaznavid penguasaan wilayah mereka di sambung pula oleh Seljuk (r.1037-1157) dan berikutnya Khawazramian (r.1077-1260).

 

Sultan Mosque, Kandahar Street, SG

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home