Thursday, April 04, 2019

Dinasti Samanid (819-999)

 

Entri asal - geob:

Samanid adalah sebuah lagi dinasti pemerintah yang muncul ketika period Abbasid. Dinasti Samanid memerintah pada period 819-999 berpusat di dua kota iaitu Samarkand pada 819-892 dan kemudian Bukhara 892-999. Saman bin Khuda disebut sebagai pengasas Samanid. Beliau seorang pembesar dari Saman datang ke Merv untuk bertugas dengan Gabenor Khurasan pada era Umayyad Hisham bin Abdul Malik.

Era penubuhan pemerintahan Samanid bermula pada tahun 819. Sekitar period tersebut berlaku pemberontakan di antara Gabenor Khurasan dengan puak pimpinan Rafi bin al-Layth bin Nasr bin Sayyar. Gabenor Khurasan telah mencapai kemenangan dengan bantuan empat beradik bernama Nuh, Ahmad, Yahya dan Ilyas. Mereka adalah anak kepada Asad bin Saman bin Khuda. Gabenor Khurasan amat menghargai peranan empat beradik dan menganugerah mereka wilayah kecil kepada setiap mereka untuk ditadbir.

Nuh diberi wilayah Samarkand, Ahmad dapat Farghana, Yahya pula memperoleh Shash manakala Ilyas diberi Herat. Kesemua mereka dianugerah wilayah masing-masing pada 819. Maka bermulalah era Disnasti Samanid.

Pada 892 pemerintah bernama Ismail Samani (r.892-907) menyatukan kesemua empat wilayah tersebut dan beliau mentadbirnya secara solo. Pada 892 juga pemerintahan Dinasti Samanid bebas dari cengkaman Abbasid al-Mu’tamid (r.870-892).

Baca “The Samanid State”. Link – unesco; “Dynastic politics and the Samanid Mausoleum” link – michigan uni; dan “Samanid” di wiki.

Masjid Balkh, Afghanistan

Lokasi 22km dari bandar Mazar-e-Sharif (britainnica - link)

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home