Thursday, February 21, 2019

Pengakhiran Period Abdul Aziz 1876

 

Pada penghujung period pemerintahan Abdul Aziz berlaku pergolakan kerana adanya campur tangan kuasa asing untuk merosak pentadbiran Ottoman. Ramai yang membenci Muhammad Nezim Pasha dan menuduh beliau sebagai punca berlakunya kerosakan pentadbiran Ottoman. Pada Mei 1876 berlaku rusuhan mendesak Nezim Pasha meletak jawatan. Turut didesak melatak jawatan ialah Syeikhul Islam. Untuk menyelamat kedudukan Nezim Pasha telah melantik Hasan Fehmi Efendi sebagai Syeikhul Islam yang baru. Namun Sultan Abdul Aziz tidak bersetuju dan segera memecat Fehmi Efendi.

Bagi mereda keadaan Sultan Abdul Aziz dengan berat hati telah melantik Mehmed Rushtu Pasha sebagai grand vizier, Husin Efendi sebagai Syeikhul Islam dan Huseiyn Pasha sebagai menteri perang. Abdul Aziz tidaklah menaruh sepenuh kepercayaan kepada mereka yang telah dilantik. Sebaliknya menunggu masa untuk melantik semula Nezim Pasha. Maka kesemua mereka yang baru dilantik tadi telah berkomplot untuk menurunkan Abdul Aziz dari takhta. Melalui komplot tersebut mereka meminta fatwa dikeluarkan bahawa Abdul Aziz tidak lagi siuman dan mesti dilucut dari jawatan. Akhirnya pada penghujung Mei 1876 kumpulan yang berkomplot telah menyerang istana dan mengumum perlucutan jawatan Abdul Aziz. Beliau diganti oleh Murad V.


Stesen keretapi Rumeli Railway yang dibangun oleh Abdul Aziz

Source: raillynews - link

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home