Saturday, January 19, 2019

Ottoman Abdul Majid 1 (1839-61) - Catatan Maksudoglu


Abdul Majid I adalah anak kepada Mahmud II bersama ibunya Valide Sultan Bezmialem (d.1853 - wiki). Abdul Majid berpendidikan Barat dan fasih berbahasa Perancis. Abdul Majid naik takhta pada usia 18 tahun. Maka pemerintahan Abdul Majid banyak bergantungan kepada dokongan kuat dari pembesar Mustafa Resid Pasha, Mehmet Amin Pasha, dan Fuad Pasha.

Resid Pasha diberi tugas melaksana perubahan penradbiran yang dikenali sebagai Tanzimat. Tanzimat memberi hak yang sama kepada semua tanpa mengira pegangan agama dan bangsa. Tanzimat juga bermakna menyerah urusan kewangan negara sepenuhnya kepada perbendaharaan pusat.

Strukutur pentadbiran Ottoman pada period tersebut  merosot teruk dann memerlukan perubahan dilakukan. Namun begitu pendekatan Nizam-i Jedid dan Tanzimat yang dirancang menunjukkan kurang berkesan malah keadaan menjadi semakin rosak. Perubahan yang dirancang tersebut semata-mata atas inisiatif Resid Pasha secara persendirian. Beliau pula dikatakan menerima desakan dari kuasa luar. 

Perkembangan lain yang berlaku sepanjang period Abdul Majid I adalah Perang Crimea yang berlarutan pada 1853-56. Tanah Suci Jerusalem menjadi isu pertikaian di antara Katolik dan Ortodoks. Pihak Russia mahukan cengkaman mereka ke atas Ortodoks yang ada seramai 1.2 juta penganut di Ottoman. Namun kemahuan Russia telah ditolak oleh satu committee yang ditubuh oleh Resid Pasha. Majoriti seramai 43 ahli committee menolak berbanding dua yang bersetuju. Russia marah dengan keputusan tersebut dan bertinadak menyerang Wallachia dan Moldova pada 1853. Pasukan pimpinan Omer Pasha pula berjaya mengalahkan Russia di Oltanniche. 

Berikutnya Britain dan France bersekutu dengan Ottoman melawan Russia pada 1854. Gabungan ini berjaya megalahkan Russia di beberapa lokasi pertempuran. Perang Crimea berakhir dengan adanya Paris Treaty pada 1856 di mana Crimea diserahkan kepada Russia manakala Kars kepada Ottoman. Kawasan Laut Hitam pula ditutup sepenuhnya kepada Russia dan Ottoman. Wallachia dan Moldova bebas mentadbir sendiri wilayah masing-masing manakala Serb pula diakui sebagai merdeka.

Perkembangan yang berlaku mengakibatkan Muslim Ottoman marah dengan Abdul Majid I. Kemarahan tersebut bertambah parah bila melihat pembesar Ottoman hidup dalam keadaan mewah dengan amalan rasuah. Manakala negara terpaksa berhutang banyak dengan Eropah dan inflasi meningkat tinggi.

Keadaan yang meruncing tersebut menyebabkan beberapa tokoh merancang berkomplot menjatuhkan Abdul Majid. Komplot tersebut disertai oleh Syeikh Ahmed dan Ferik Huseyn Pasha. Mereka turut menjemput Hasan Pasya menyertai sama. Namun Hasan telah membocor rahsia kepada sultan. Akibatnya seramai empat puluh ahli komplot telah ditangkap pada 1858. Kesemua mereka dibicarakan dan dijatuhi hukuman mati. Namun Abdul Majid meringankan hukuman mereka kepada penjara. 

Apa yang telah berlaku telah menyebabkan Abdul Majid berasa terganggu dan kesiahatan beliau merosot. Abdul Majid meninggal dunia pada 1861. Beliau diganti oleh adiknya Abdul Aziz yang memerintah period 1861-1876. 

Goreme - salah satu tapak heritage Turkey

source: info - link

- - - - -


0 Comments:

Post a Comment

<< Home