Tuesday, December 18, 2018

Ottoman Mahmud II - Catatan Maksudoglu


Mahmud II adalan anak kepada Abdul Hamid I bersama ibu bernama Naksidi Sultan, dikatakan berasal Georgia (d. 1817 - wiki). Mahmud II adalah adik beradik tiri dengan Mustafa IV.

Pada period awal Mahmud II keadaan dalam negara masih bergolak. Puak yang menyokong dan menolak reform ketenteraan masih bertelagah. Pada satu malam golongan yang menentang reform dan bersama dengan sebahagian Janissari telah bertindak menyerang kediaman Alemdar Mustafa Pasha dan membunuh beliau.

Dalam keadaan Ottoman yang bercelaru Czar Russia dan Raja Perancis telah berpakat untuk bersama-sama menentang Ottoman. Pada 1810 Russia telah menyerang Ottoman dari bahagian Anatolia. Mereka berjaya menguasai Castle Ismail dan Ibrail yang terletak di bahagian Ottoman sebelah Eropah. Russia juga masuk meyerang Wallachia dan Modova. Namun tetiba pasukan Napoleon Perancis pula yang datang menyerang Russia. Maka pada 1812 Russia terpaksa membuat perjanjian Bucharest dengan Ottoman. Perjanjian tersebut menetapkan beberapa isu pembahagian wilayah sempadan. 

Perjanjian Bucharest dapat menghentikan isu perang dengan Russia dan Serbs. Kini Ottoman memberi perhatian pula kepada isu ancaman Wahabbi di Semenanjung Arab. Muhammad Ali Pasha dari Ottoman Egypt diarah untuk berbincang dan bertindak mengenai hal tersebut. Ali Pasha telah menghantar dua anak beliau Tosun Pasha dan Ibrahim Pasha untuk mengetuai pasukan tentera ke Arab. Mereka berjaya mengalahkan puak Wahabbi di beberapa lokasi pertempuran dan mengembalikan kekuasaan Ottoman.

Isu Nasionalisme dan kesannya terhadap Ottoman .

Isu nasionalisme mula diperkenal oleh Eropah sebagai senjata untuk menaik semangat warga non-Muslim wilayah Ottoman bangkit menentang Ottoman. Isu nasionalisme digunakan oleh Eropah bagi menyatu Jerman dan Itali serta usaha untuk memecah belah Ottoman.

1821: Pemberontakan warga Greek Ottoman.

Russia telah meniup semangat supaya warga Greek dan non-Muslim Eropah di Ottoman bangun menentang pemerintahan Ottoman. Rusuhan mula tercetus di Eflak dan Morea pada 1821. Rusuhan di Eflak dapat dibendung manakala yang di Morea telah merebak kerana hasutan dari para agamawan (priest). Di Istanbul archbishop gereja orthodoks Greeks turut menghasut supaya merusuh dan beliau telah didakwa dan dibunuh atas tuduhan khianat. Pada 1825 Ibrahim Pasha, anak kepada Muhammad Ali Pasha, telah berusaha keras untuk meredakan rusuhan dan memulihkan keadaan.

1826: Abolition of Janissary Corps.

1828: The Greek Independence. Ada peranan Muhammad Ali Pasha, pemimpin Mesir, mengkhianati Ottoman dalam memerdekakan Greek.

1830:Occupation of Jeyazir by France.

1839: Pasukan Muhammad Ali Pasha menyerang dan menguasai Syria.

Mahmud II died of tuberculosis, in 1839. His funeral was attended by crowds of people who came to bid the Sultan farewell. His son Abdul Majid I succeeded him and would continue to implement Tanzimat reform efforts. Abdul Majid reign from 1839 till 1861.

Safranbolu, Turkey Heritage Site

Baca "Safronbolu: the city of saffron". itinari dot com - link.

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home