Wednesday, March 20, 2019

Penubuhan dan Pengakhiran Kerajaan Tahirid (821-873)

 

Kerajaan Tahirid (atau Tahiriyah) merupakan sebuah kerajaan yang penubuhannya agak awal. Tahirid ditubuh pada tahun 821 iaitu ketika period Abbasid al-Ma'mun (r.813-833). Tahirid diasaskan oleh Tahir bin Husain (775-822), seorang panglima kepada pasukan al-Ma'mun yang pada ketika itu berpusat di Khurasan. 

Pada 810 Abbasid al-Amin mula berbalah dengan al-Ma'mun. Pada 811 perbalahan tersebut semakin marak menjadi perang saudara. Al-Amin menghantar pasukan tentera diketuai Ali bin Isa bin Mahan. Al-Ma'mun pula menghantar pasukan diketuai oleh Tahir bin Husain untuk mempertahan diri. Pasukan Tahir akhirnya berjaya mengalahkan pasukan Al-Amin. Ali bin Isa sendiri terbunuh dalam pertempuran.

Pasukan Tahir bin Husain meneruskan kemaraan dan pada 812 mula memasuki Baghdad. Al-Amin cuba mengajak beberapa puak (abna) untuk bersama pasukan beliau namun tiada yang sanggup. Akhirnya pada 813 Panglima Tahir berjaya menewaskan Al-Amin dan mengarah beliau dibunuh. Sebagai menghargai peranan Panglima Tahir al-Ma'mun melantik Tahir sebagai Gabenor Khurasan.

Pada 822 Tahir mengisytihar Khurasan sebagai bebas dari Abbasid maka bermulahah tertubuhnya  kerajaan Tahirid. Tahir meninggal dunia pada 822 dan kerajaan Tahirid diwarisi pula oleh anak beliau bernama Talha bin Tahir (r.822-828). Selepas Talha kerajaan Tahirid diwarisi pula oleh Abdullah bin Tahir. Beliau merupakan juga anak kepada Tahir bin Husain (pengasas Tahirid).

Kerajaan Tahirid berakhir apabila pemimpin Tahirid kelima Muhamad bin Tahir bin Abdullah yang dikata lemah pentadbirannya. Pada 873 Muhammad dijatuhkan dan diganti pula oleh kerajaan Safarid.

Baca Tahir ibn Husain (wiki) dan Tahirid Dynasty (wiki).

 

Sebuah tasik di kawasan ladang

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home