Penubuhan Dinasti Ghaznavid (961-1186)
Entri asal - geob:
Entri ini disediakan sebagai prelude kepada catatan mengenai Mahmud Ghaznavid iaitu seorang tokoh pemerintah agung Ghaznavid.
Kerajaan Ghaznavid diasaskan oleh seorang tokoh tentera period Samanid bernama Sebuktigin (942-977). Beliau mewarisi penguasaan kota Ghazna dari ayah mertuanya bernama Alp Tigin (r.962-963).
Samanid melahirkan dua keluarga tokoh general iaitu Simurid dan Ghaznawid. Simurid dipimpin oleh Abu al-Hasan Simjuri manakala Ghaznavid diketuai oleh Alp Tigin. Pada 961, selepas kematian pemimin Samanid bernama Abdul Malik I (r.954-961) berlaku perebutan kuasa sesama tokoh Samanid. Dalam konflik tersebut nama Alp Tigin turut dicalun sebagai pengganti pemerintah Samanid. Namun pencalunan Alp Tigin telah ditolak dan naik sebagai pemimpin baru Samanid ialah Mansur bin Nuh (r.961-976).
Alp Tigin berikutnya telah bertapak di sebuah wilayah kecil dan menjadikan kota Ghazna sebagai pusat. Simjurid pula bertapak di selatan Khurasan tetapi penguasaan beliau tidak bertahan lama. Simurid menghadapi asakan oleh puak Buyid dan juga kemudiannya tekanan oleh puak Ghaznavid. Penguasaan Atas dasar penguasaan Alp Tigin pada 961 maka dinasti Ghaznavid dikatakan bermula pada 961. Baca alp tigin – wiki.
Selepas kematian Alp Tigin menantu beliau bernama Sebuktigin pula mewarisi kerajaan Ghaznavid. Selepas kematian Sebuktigin pada 977 anak beliau bernama Ismail naik sebagai pengganti namun beliau cuma bertahan untuk waktu yang sangat pendik. Ismail kemudiannya dapat ditewaskan oleh adiknya bernama Mahmud dalam satu pertempuran yang dinama Perang Ghaznavid pada 998. Baca sebuktigin – wiki.
Baca Ghaznavids (wiki).
Masjid Pul-e Khishti, Kabulsource: the vocket - link
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home