Thursday, April 18, 2019

Kerajaan Seljuk 1037-1157

 

Selepas berakhir kerajaan Ghaznawid naik mengganti mereka adalah pemerintahan Seljuk. Seljuk pada kemuncak kuasa mempunyai empayar meliputi Mesopotamia, Syria, Palestine dan hampir seluruh Iran. Pada awalnya Seljuk berperanan sebagai benteng pertahanan kepada pemerintahan Samanid dan berikutnya kepada Mahmud Ghazna. Seljuk mula membentuk kerajaan di Khorasan apabila berjaya menewaskan Ghaznawid pada 1040. Tentera Seljuk dipimpin oleh dua beradik iaitu Tughril Beg dan Chagri Beg.

Agak sukar untuk memahami mengenai kerajaan Seljuk kerana kawasan pemerintahan yang luas terbahagi pula kepada beberapa kerajaan wilayah. Ada empat pembahagian kerajaan Seljuk iaitu – Sultan of Seljuk Empire, Sultan of Rum; Emir of Damascus dan Emir of Aleppo.

Pemerintah Seljuk yang juga digelar Great Seljuk memerintah wilayah Western Persian. Senarai pemerintah Seljuk Empire atau digelar Great Seljuk adalah seperti berikut;

1. Tughril Beg (1037-1063) – pada 1055 berjaya mengalahkan Buyid Baghdad; maka beliau dapat mengembalikan pemerintahan Sunni kepada Abbasid.

2. Sulayman Beg bin Chagri Beg 1063 - jawatan beliau dicabar pula oleh Alp Arslan yang juga adik Sulayman Beg.

3. Sultan Alp Arslan bin Chagri Beg (1063-1072) – berjaya mengalahkan Byzantine dalam Perang Manzikert pada 1071. Pemerintahan Seljuk berkembang ke Egypt dengan Nizam Mulk berperanan cemerlang.

4. Sultan Malik Shah 1072-1092 – Berjaya melebar empayar masuk ke Egypyt. Berjaya menawan Syria pada 1084. Nizam Mulk memain perana sebagai pembesar hebat.

5. Sultan Mahmud bin Malik Shah 1092-1094

6. Sultan Barkiyaruq bin Malik Shah 1094-1105. Berlakunya Perang Salib I pada 1099 di mana tentera Kristian Berjaya menawan Jerusalem.

7. Sultan Malik Shah II 1105

8. Muhammad I Tapar 1105-1118

9. Sultan Ahmad Sanjar 1118-1153

Seljuk jatuh pada 1230 bila mereka menghadapi tentangan Khwarazmi yang menubuh kerajaan di Iran. Sultan Rum pada Ketika itu ialah Ala al-Din Kay-Qubadh (Sultan Kaikobad I). Berikutnya pada 1243 Seljuk terus tamat bila mereka kalah dalam Perang Kose Dagh.

 

 

Makam Tughril Beg, Rayy Iran

Baca "Tughrul Tower" - financial tribune 2018 link

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home