Wednesday, August 07, 2019

Pemerintah Agung Mughal - Babur (d.1530)

Pemerintah Agung Mughal - Babur

Babur merupakan pengasas kerajaan Mughal India. Beliau adalah cucu kepada Timurlane dan punya susur galur dengan Genghiz Khan. Bapa Babur pernah menjadi pemerintah sebuah wilayah kecil di Asia Tengah bernama Fergana (baca - wiki).

Babur pada awalnya telah mencuba berkali-kali untuk menguasai Samarkand namun usaha beliau tidak berjaya. Beliau kemudian mengubah hala dan berjaya menawan Kabul sebagai permulaan. Berikutnya pada 1519 Babur melancar serangan kali pertama ke Punjab, India. Punjab ketika itu dipegang oleh Sultan Ibrahim Lodi. Ibrahim Lodi adalah bapa saudara kepada Babur. Seorang lagi bapa saudara Babur adalah  Daulat Khan Lodi. 

Berikutnya, pada 1522 Babur menakluki Kandahar dan terus mara ke Sindh dan India. Pada 1525 Babur sekali lagi bertempur dengan pasukan Ibrahim Lodi di Panipat. Kali ini Babur berjaya mengalahkan Ibrahim sekali pun pasukan Babur lebih kecil. Babur memilik meriam yang diperolehi dari Ottoman.

Pada period awal pemerintahan Babur menghadapi berbagai ancaman dari kerajaan saingan. Antaranya adalah kerajaan Malwa dan Gujarat di selatan. Ancaman di utara pula datang dari pasukan Rajasthan dan Rana Sanga yang berpusat di Udaipur. Pada 1527 Babur berjaya mara ke Khanua mengalahkan tentera Rajput (atau pasukan Rana Sanga).

Seterusnya Babur juga berjaya mengalahkan pasukan Mahmud Lodi dalam pertempuran di Ghaghara. Maka Babur kini berjaya meluaskan wilayah takluknya hingga meliputi Bengal dan Kandahar.

Babur meninggal dunia pada Disember 1530 ketika usia 47 tahun. Babur diganti anak beliau Humayun.

 
 
Babur Square, Andijan, Fergana Valley - Uzbekistan

source: explorer uzbekistan - link

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home