Saturday, January 18, 2020

Sedikit Mengenai SAT dan Perang Bisik


Setelah membaca beberapa artikel sejarah tentang Perang Bisik ada pula beberapa catatan tentang sengketa pemerintahan ketika itu. Persengketaan ini melibatkan SAT dan dua orang besar istana Tunku Bisnu dan Tunku Yaakub. Persengketaan berlaku selepas kemangkatan Sultan Abdullah al-Mukarram (r.1778-1797). SAM diganti oleh anaknya Tengku Pangeran (yang kemudian digelar Sultan Ahmad Tajuddin II). Oleh kerana TP masih kanak-kanak maka pemerintah sementara yang memangku adalah Tunku Dhiauddin.

TP mula naik takhta pada 1803 memakai gelaran SAT II. Tunku Dhiauddin pula berikutnya diberi kuasa menguasai Perlis. Beliau mangkat pada 1813. Apabila TD mangkat Tunku Yaakub (yang ketika itu Raja Muda Kedah) mohon untuk mengganti TD di Perlis. Namun tidak diizin dan jawatan tersebut diserah kepada Tunku Sulaiman.

Ini menimbulkan kemarahan TY dan beliau berdendam serta menemui Raja Ligor dan berpakat menjatuhkan SAT. Pada 1820 mereka berdua mengadap Raja Siam untuk melancar serangan ke atas Kedah. Maka berlakulah Perang Bisik.

Apabila Kedah kalah TY cuba untuk mengambil takhta Kedah. Namun tidak diizin oleh Siam/Ligor. Sebaliknya beliau ditangkap dan dituduh dan seterusnya dijatuhi hukuman bunuh.

Tunku Bisnu adalah adik kepada SAT dan merupakan pemerintah yang berkuasa di Setul. Tunku Bisnu kekal menjadi pemerintah Setul sehinggalah berlaku krisis perebutan kuasa olih adiknya, Tunku Yaakub (Tunku Embun) yang mahu menguasai Setul dan Perlis pada tahun 1821.

Selepas Tengku Bisnu meninggal dunia pada 1843 anaknya Tunku Muhammad Akib dilantik sebagai pengganti.



Museum Kota Kuala Kedah
(tersimpan di sini sejarah Perang Bisik)
- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home