Wednesday, May 06, 2020

Cabaran Murid Sekolah Tahfiz


Pendidikan formal tahfiz bermula dengan penubuhan maahad tahfiz al-Quran wa Qiraat Kuala Kubu Baru pada 1967. Kemudian diikuti sekolah imtiaz Yayasan Islam Terengganu, Maahad Tahfiz Istana Bandar Jugra tahun 2008, kemudian Kelang dan Bagan Lalang.

Antara cabaran yang utama yang dihadapi oleh murid tahfiz ialah bagaimana memastikan mereka mencapai matlamat pencapaian yang telah ditetapkan. Ada kajian mendapati 60% pelajar tidak mampu menamatkan hafazan sebagaimana yang ditetapkan iaitu dalam tempoh enam semester.

Tentang cabaran kesukaran menghafaz sebagai salah satu cabaran pembelajaran tahfiz. Seorang pelajar berkongsi apa yang beliau alami, “Bagi saya cabaran yang besar sebab ulang lupa, ulang lupa rasa nak ulang juzuk lain rasa cabaran besar.” Seorang murid pula dengan jelas menyatakan bahawa cabaran menghafaz ialah apabila sukarnya untuk mengingati kerana akan selalu terlupa apa yang telah dihafaz. Murid ketiga pula menyatakan bahawa, “Kadang-kadang tu nak hafal memang susah. Kadang-kadang sampai menangis-nangis untuk hafal. Bila satu hari pun tak dapat jugak”.

Catatan bacaan sebuah kertas kerja mengenai cabaran murid tahfiz.

Sekolah Tahfiz Anak Yatim ATM

- - - - -


0 Comments:

Post a Comment

<< Home