Al-Farabi 870-950 (Bacaan Buku RAJ)
Entri mengenai al-Farabi pernah dipost pada Mei 2011 (al-farabi). Selepas menemui buku oleh RAJ yang menyenarai AF sebagai tokoh besar maka sedikit catatan dibuat berdasarkan bacaan tersebut.
Nama sebenar Farabi ialah Abu Nasr Muhammad ibn Muhammad ibn Tarkhan ibn Awzalagh (atau Uzlugh). Ia lebih dikenali sebagai al-Farabi sempena tempat kelahirannya Farab di Turkestan. Beliau lahir pada sekitar 870M. Ia berpindah ke Baghdad pada usia 40 tahun (sekitar tahun 910 M) dan menetap di sana selama 20 tahun. Beliau meninggal dunia di Damsyik Syria pada 950M akibat di serang oleh perompak ketika beliau dalam pengembaraan.
Menurut RAJ al-Farabi adalah berfahaman Syiah. RAJ juga menyebut kurun ke 10 masehi dirujuk sebagai kurun Syiah kerana ia bertepatan dengan zaman peningkatan kegemilangan fahaman tersebut. Kota Baghdad sendiri sungguh pun menjadi kota khalifah pemerintah namun perlahan2 ia beralih tangan kepada kumpulan dinasti militari Syiah iaitu golongan Buyid. Pada zaman hayat al-Farabi juga Imam ke-12 Syiah diisytihar bertukar dari ghaib kepada occultation (iaitu pada 941M).
Pemerintah Abbasiah ketika sepanjang hayat al-Farabi adalah Al-Muktasim (833-842M); Al-Wathiq (842-847M); Al-Mutawakkil (847-861M); Al-Muntasir (861-862M); Al-Musta’in (862-866M); Al-Mu’taz (866-869M); … Al-Mu’tafi (902-908M) dan Al-Muqtadir (908-932).
Hari pertama ketika di kota Mekah 2013
– – – – –
0 Comments:
Post a Comment
<< Home