Muhammad Ali Pasya Tokoh Mesir vs Hijaz (1805-1848)
Nama Muhammad Ali Pasya atau Mehmed Ali merupakan seorang tokoh pembesar Mesir sekitar awal kurun ke19. Beliau dilantik sebagai Gabenor Mesir dari 1805-1848 iaitu pada period Ottoman telah semakin melemah. Period 1801-1805 Mesir dikatakan sebagai Zaman Keemasan (Golden Age) kepimpinan ulama yang berpusat di al-Azhar. Para ulama Azhar mencalun dan mengetengahkan Muhammad Ali untuk dipilih ke jawatan Gabenor Mesir. Lantikan beliau pula diiktiraf kemudiannya oleh Sultan Mahmud II Ottoman (r.1808-1839).
Muhammad Ali Pasya bercita besar untuk menakluki lebih banyak wilayah melalui dasar imperialisme. Pada 1807 beliau mula menghantar pasukan yang dipimpin anak Muhammad bernama Ibrahim Pasya menyerang Hijaz. Kerajaan Hijaz waktu itu dipimpin oleh Muhammad bin Saud dan dibantu oleh gerakan Wahabi Muhammad bin Abdul Wahab Pertembungan di antara kedua pasukan menyaksikan kemenangan Muhammad Ali Pasya pada 1811.Pada 1814 Abdullah bin Saud memimpin Hijaz mengganti Muhammad bin Saud. Kemenangan seterusnya dicapai oleh pasukan Ibrahim Pasya pada 1817. Akhirnya Hijaz mengaku kalah pada 1818 dan pemimpin mereka Amir Abdullah bin Saud dibawa ke Istanbul dan dihukum bunuh di sana. Abdullah sebagai peimpin Wahabi pernah bertindak memusnahkan makam Hussin bin Ali. Baca Abdullah bin Saud - wiki.
Selain perang dengan Hijaz/Wahabi (1811-18) pasukan Mehmed Pasya terlibat dengan perang di Sudan (1820-26) dan Perang Membebas Greek (1823-29). Mehmed bejaya dalam dua perang yang pertama namun gagal dalam yang ketiga.
Baca juga artikel "Egypt's finances and foreign campaigns 1810-1840". Source barcelona uni 2019 - link.
Masjid Amru bin al-Ash
- masjid tertua Mesir dibina pada 640 atas arahan Umar Al-Khattab (kompas link)
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home