Monday, January 18, 2021

Artikel Kaum Madura di Malaysia

 

Sebuah artikel "Komuniti Madura di Malaysia: satu pengamatan antropologikal tentang aspek kepimpinan" terbit dalam Jurnal Akademika. Jurnal adalah terbitan UKM pada 2009. Berbanding etnik Jawa lain orang Madura merupakan kelompok etnik yang agak lewat berhijrah ke Malaysia iaitu bermula pada awal tahun 1980-an.

Terdapat satu anggapan di Indonesia bahawa orang Madura merupakan kelompok etnik yang sangat kuat dalam mempertahankan identiti dan cara kehidupan mereka. Orang Madura dikatakan tidak mahu berubah meski pun ke mana mereka bermigrasi, sama ada di Jawa Timur, Jawa Barat, dan Kalimantan Barat. Andaian tersebut juga menjadi sebab kenapa berlaku konflik antara kelompok etnik Melayu, Dayak dan Madura di Sambas, Kalimantan Barat pada Januari 2009. 

Sumber: akademika (link). Artikel ini ditemui apabila membuat carian tentang Tengku Shamsul Bahrin. Beliau merupakan akademia yang telibat dalam menubuhkan UKM. Tengku Shamsul Bahrin pernah menulis sebuah artikel "The pattern of Indonesian migration and settlement in Malaya". Artikel terbit dalam jurnal Asian Studies pada 1967.


Premis McD Teluk Cempedak

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home