Saturday, December 12, 2020

Pantai Cherating - Asal Usul Nama

 

Sempena musim hujung tahun berkesempatan berkunjung ke Negeri Pahang. Antara tempat yang sempat disinggahi ialah Pantai Cherating yang terletak tidak jauh dari bandar Kuantan. Bagaimanakah asal usul nama Cherating?

Menurut satu artikel nama Cherating adalah cantuman dari dua perkataan iaitu cerau dan ranting. Dikisahkan bahawa pelopor yang mula membuka Cherating ketika tiba dengan perahu mendapati sungai yang beliau muarai banyak pokok bakau dan ada juga buaya. Apabila setiap kali bakau jatuh ke sungai maka bunyinya cherau, cherau, cherau. Dan setiap kali jumpa buaya beliau menghalau buaya dengan ranting. Maka itu lah asal usulnya nama Cherating.

Source - kg cherating - link.



Pantai Cherating ketika panas terik

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home