Monday, October 26, 2020

Ahli Astronomi Johannes Kepler (1571-1630)

 

Johannes Kepler merupakan sorang tokoh penting dalam sejarah astronomi. Kepler lahir pada 1571 disebuah pekan kecil Weil-der-Stadt, berhampiran Stuttgart, jarak 33km dan 30 min perjalanan. Kepler diakui mempunyai kepintaran tinggi sejak kecil. Pada usia sebelas tahun beliau telah lulus peperiksaan utama di Stuttgart. Memasuki usia lima belas tahun beliau telah diakui seorang intelektual. Pada tahun 1588 Kepler lulus ujian memasuki universiti ternama Tubingen Univerity. Beliau belajar teologi, filosofi, matematik dan astronomi. Guru astronomi beliau ialah Michael Maestin yang banyak mendedah Kepler kepada astonomi kaedah Copernicus. 

Berikut disenaraikan beberapa pencapaian Kepler;

1591 berjaya memperolehi ijazah MA; 1594 ditawar jawatan profesor astronomi di Graz; 1595 Kepler menemui satu penemuan peting dalam astronomi; 1596 beliau menerbit buku "Mysterium Cosmographicum" atau dalam Inggerisnya "The secret of the Universe". Maka dengan penerbitan tersebut pada 1597 Kepler mula bergerak arah dari kajian astrologi kepada astronomi sepenuhnya.

Kepler hidup sezaman dengan dua orang lagi ahli astronomi terkenal iaitu Tycho Brahe (1546-1601) dan juga Galileo Galilei (1564-1642).

 

Monumen Kepler dan museum di belakangnya

 

Tempat kelahiran Kepler

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home