Sunday, September 06, 2020

Usaha Tiga Tokoh Membangun Roket - Tsiolkovskiy, Oberth dan Goddard


Ada tiga nama besar yang dikaitkan dengan usaha untuk mencipta roket. Mereka adalah Konstantin Tsiolkovskiy, Hermann Oberth, dan Robert Goddard. Peribadi Tsiolkovskiy dikatakan sebagai suka menyendiri atau reclusive (i.e., makna recluse atau reclusive ialah a person who avoid others and lives alone). Usaha mereka untuk mencipta roket telah bermula sejak penghujung kurun ke-19. 

Usaha dimulakan Tsiolkovskiy pada 1895. Beliau paling awal menulis mengenai tajuk roket. Tsiolkovskiy mengetengahkan idea tentang penggunaan liquid-propellant sebagai mengganti solid-propellant rocket. Kelebihan roket menggunakan enjin liquid atau fluid-propellant adalah ianya mudah dikawal, throttled (atau ada kawalan pendikit), mudah di matikan (turned off) dan dihidup semula (turned back on). Contoh liquid fuel adalah hidrogen. Berat molekul hidrogen adalah ringan maka ini boleh membantu melajukan roket.

Oberth pula menyumbang kepada usaha mencipta roket bila mana beliau menerbitkan buku Ways to space travel pada tahun 1929. Buku tersebut merupakan edisi lanjutan kepada buku awal beliau The rocket interplanetary space yang terbit pada 1923.

Manakala Robert Goddard pula merupakan tokoh yang memberi sumbangan paling besar. Beliau merupakan orang pertama berjaya melancarkan roket dengan enjin liquid-propellant. Eksperimen tersebut beliau lancarkan dengan jaya pada March 16, 1926 di Auburn, Massachusetts.

Source - page 4,5 buku "From Airport to Spaceport".


Sebuah hasil arkitektur menarik LDN

 - - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home