Friday, July 31, 2020

HGD 2 - Steve Jobs Back to Apple 1996

 

History Greatest Decision (HGD) yang tercatat pada 1996 adalah kembalinya Steve Job (d.2010) bertugas semula di Syarikat Apple. Steve Jobs adalah pengasas yang menubuh Syarikat Apple pada 1976 bersama rakan beliau Steve Wozniak dan Ronald Wayne. Pada 1983 Jobs membawa masuk John Sculley dari Syarikat Pepsi dan melantik beliau sebagai Chairman dan CEO. Pada 1985 Jobs berhenti dan meninggalkan Apple. Beliau membuka syarikat baru dan bekerja memajukan sistem operasi komputer NExt sebagai saingan kepada Apple. Jobs berjaya memasarkan NExt untuk diguna pakai oleh Cern. NExt telah digunakan oleh Tim Bernes-Lee di Cern membangunkan World Wide Web iaitu satu inovasi yang sangat bermanfaat kepada dunia.

Pada awal 1990 performance Apple telah jatuh merudum dan John Sculley telah diganti oleh Martin Spindler sebagai CEO. Pada 1996 Spindler telah diganti pula oleh Gil Amelio. Gil telah mengambil keputusan mengguna pakai sistem operasi NExt. Gil Amelio juga mengambil keputusan untuk membawa masuk semula Jobs ke Syarikat Apple pada 1996.

 

Paling kiri keyboard Apple (1976)

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home