Saturday, June 27, 2020

Pengalaman Hajj John F Keane Pada 1877


Salah seorang warga Barat yang pernah ke Mekah ketika musim haji adalah John Fryer Keane (1854-1937). Keane berasal dari Whitby England. Pada usia belasan tahun beliau telah berada di Madras India mengikut ayahnya bekerja. Keanne telah tiba di Mekah pada Disember 1877 dan berada di Saudi sekitar selama enam bulan. Beliau telah menulis catatan pengalaman berada di Mekah dan diterbit sebagai sebuah  buku pada 1881.

Keane sejak kecil telah bekerja sebagai pelayar kapal. Beliau pergi ke Mekah menaiki kapal dari India. Pada mulanya beliau menyamar sebagai India Muslim mengguna nama Abdul Mohamed. Nama tersebut dibantah oleh jemaah lain dan Keane menukar kepada nama Mohamed Amin. Menurut tulisan orang terkemudian Keane ke Mekah lebih kepada minatnya untuk belayar dan mengeksplor suasana haji di Mekah.

Sumber bacaan terkini mengenai pengalaman haji Keane telah ditulis dalam sebuah tesis “Out of obscurity: John F. T. Keane’s  late nineteenth century hajj”. Tesis MA oleh Nicole Crisp, George Washington Uni pada 2017.

Baca tentang Keane – wiki.

Sebuah bazar jualan sekitar kota Mekah 

- - - - -


0 Comments:

Post a Comment

<< Home