Wednesday, June 24, 2020

Buku Christians at Mecca


Musim haji bagi tahun 1441 telah pun bermula dengan tibanya bulan Zulkaedah 1441. Namun pada tahun ini kerajaan Saudi cuma membenarkan jemaah Haji dari kalangan warga negara Arab Saudi sahaja. Jemaah dari negara lain tidak dibenar datang kerana serangan wabak Covid yang belum reda.

Salah satu tajuk perbincangan tentang Haji yang menarik untuk kita baca adalah tentang usaha warga Barat yang bukan Muslim untuk datang ke Mekah. Orang bukan Islam mengikut peraturan Arab Saudi tidak dibenar masuk ke Mekah. Namun sejarah mengenai kehadiran mereka ke Mekah memang berlaku.

Sebuah buku bertajuk "Christians at Mecca" ada ditulis perkara tersebut. Buku oleh Augustus Rally asalnya ditulis pada 1909 telah diterbit semula pada tahun 2011. Baca "Orang Kristen pergi 'haji' - antara news 2011.

Nama-nama mereka yang disebut dalam buku tersebut dan tahun mereka berada di Mekah adalah:

Ludovico Bartema - 1503.
Vincent Le Blanc - 1568.
Johann Wild - 1607.
Joseph Pitts - 1680.
Badia Y Leblich atau Ali Bey al-Abbassi - 1807.
Ullrich Jasper Seetzen atau Haji Musa - 1809-10.
John Ludwig Burckhardt atau Syeikh Haji Ibrahim - 1814-15.
Leon Roches atau Haji Umar - 1841-42.
George Augustus Wallin atau Waliyyuddin - 1845.
Sir Richard Burton atau Syeikh Haji Abdullah - 1853
Heinrich Freiherr Von Maltzan atau Sayid Abdurrahman bin Muhammad al-Skikidi - 1860.
Herman Bicknell atau Haji Abdul Wahid - 1862.
John Fryer Keana atau Haji Muhammad Amin - 1877-78.
Snouck Hurgronje atau Abdul Gaffar - 1885.
Gervais-Courtellemont atau Abdallah - 1894.

Buku Christians at Mecca - source.


Ruang Air Zam-Zam Masjidil Haram

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home