Membaca Tentang GAH
Beberapa hari lepas diluang masa untuk membaca sebuah buku tentang autobiografi Kassim Ahmad. Antara perkara yang disentuh dalam tulisan beliau adalah pandangan tentang hadis. Satu implikasi dari pandangan KA tersebut maka wujudlah satu entiti dipanggil Gerakan atau Gabungan Anti Hadis (GAH).
Beberapa catatan tentang GAH.
GAH dikenali juga dengan beberapa nama seperti Mungkir Sunnah, Firqah Inkar as-Sunnah dan Quraniyyun.
Berdasarkan sebuah artikel Yadim (link) golongan GAH terbahagi kepada tiga kategori yang berdasarkan kepada pegangan mereka iaitu;
i. golongan yang sememangnya bermatlamat menghancurkan Islam,
ii. golongan yang hanya memadai dengan berpegang kepada al-Quran sahaja, dan
iii. golongan yang menerima hadis tertentu tetapi menolak sebahagian yang lain kerana mneurut hawa nafsu dan logik akal semata-mata.
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home