Saturday, September 26, 2020

Pembesar Melaka Khianat Bantu Portugis


Sejarah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis sering dibincang oleh para sejarawan. Antara faktor kejatuhan tersebut adalah angkara khianat yang dilakukan oleh para pembesar Melaka. Para pembesar yang terlibat adalah Raja Mendaliar (beliau memegang jawatan Syahbandar), Nina Sura Dewana (seorang ketua atau kepala saudagar), seorang pengkhianat bernama Si Kitul, Naina Chatu (saudagar kaya Hindu), Utimuturaja (pemimpin Jawa). Turut memain peranan khianat adalah para saudagar China.

Raja Mendaliar adalah berketurunan Keling peranakan India Singapura. Nina Sura Dewana pula adalah seorang saudagar yang sering menghantar wang suap kepada Bendahara untuk melindungi kedainya. Peranan Si Kitul (seorang lagi Keling) adalah memberitahu Raja Mendeliar bahawa Nina Sura Dewa telah merasuah Bendahara. Kitul dan Raja Mendeliar kemudian membuat konspirasi menjatuhkan Bendahara dan akibatnya jatuhnya Melaka. 

Baca fb aku melayu (link).

 

Gerbang Jonket Street

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home