Ayat Qur'an Terakhir Turun
Buku "The Power of Al-Quran" dalam Bab 9 menerangkan tentang ayat pertama dan ayat terakhir turun. Mengenai ayat terakhir ada beberapa pendapat yang menyatakan tentang ayat mana satu yang dikata terakhir turun. Yang pasti tidak ada nas yang pasti tentang ayat yang dikata terakhir. Penulis buku (Dr Danial) menyenarai beberapa pendapat oleh tokoh ulama terdahulu tentang yang dikata ayat terakhir.
Antara pendapat tersebut adalah ayat 278 Al-Baqarah iaitu ayat mengenai riba (menurut Imam Bukhari merekod dari Abdullah Ibn Abbas). Ada pula pendapat mengata ayat 282 Al-Baqarah, iaitu ayat berkaitan hutang (menurut Imam Said bin Musayyib).
Menurut Al-Baraa' bin Azib seperti direkod oleh Imam Bukhari dan Muslim pula ayat terakhir ialah ayat 176 surah An-Nisa'. Ayat tersebut berkaitan kalalah atau harta pusaka. Satu rekod lain pula oleh Ubai bin Kaab mengata ayat 129 surah at-Taubah iaitu ayat tentang sifat rahmat Rasulullah SAW terhadap umat Islam dan ketegasan Baginda terhadap golongan kafir.
Buku oleh Dr Danial page 35 (entri).
Pekan Sg Lembing pada petang hari
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home