Isaac Newton (1642-1727)
Bila membicara tentang universe nama Isaac Newton pastinya akan disebut. Isaac lahir pada 1642 di sebuah pekan kecil, Lincolnshire. Jauhnya sekitar 116 batu jauh di luar London dan mengambil masa hampir tiga jam dengan kereta.
Pada tahun 1661 Newton memasuki Trinity College, Cambridge Uni dan beliau belajar matematik dan memperolehi BA pada 1665. Pada tahun tersebut juga berlaku wabak penyakit 'Great Palgue' di London. Akibatnya universiti ditutup selama dua tahun.
Newton pulang ke rumah kelahiran beliau dan belajar sendiri sepanjang tempoh tersebut. Dalam tempoh tersebut Newton menemui beberapa perkara. Antaranya adalah - the binomial theorem, different calculus, theory of colors (in optics) dan dua hukum pergerakan (law of motions in mechanics).
Pada 1667 universiti dibuka semula dan Newton kembali ke Cambridge dan dilantik sebagai fellow di Trinity College. Pada 1669 beliau dilantik professor matematik mengganti Isaac Barrow. Salah satu kejayaan besar Newton ialah menerbit buku Principia pada 1687. Principia ditulis dalam bahasa Latin, sukar difahami dan penuh dengan argumen geometri yang panjang. Voltaire telah membantu ramai orang untuk memahami Principa dengan menulis semula dalam versi yang mudah difahami pada 1736.
Newton meninggal dunia pada 1727 dan beliau dikebumi di Westminster Abbey. Tokoh lain yang dikebumi di WA ialah Darwin dan Stephen Hawkins.
Isaac Newton sezaman dengan dua tokoh saintis iaitu Robert Hook dan Edmund Halley (d.1742). Newton tidak begitu menyukai Hooke. Hal tersebut berlaku kerana Hooke pernah memberi komen atau menanya sesuatu ketika Newton memberi syarahan dalam satu majlis Royal Society. Tajuk syarahan Newton bersangkutan dengan cahaya atau optik.
Halley mula berkomunikasi pada 1684 dalam satu pertemuan saintifik. Halley bekerja sebagai Astronomer di Royal Greenwich Observatory. Turut bersama dalam meeting besar tersebut ialah Hooke dan seorang arkitek bernama Christopher Wren.
Rumah kelahiran Newton yang kini dijadi museum
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home